About Me

" dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.... "

Monday 4 June 2012

i got a job yaw!



wuhooo! kawan2.... kami dapat job oooowwww! haha. giler first time seumor hidop aku bekerja di tengah2 kota London. Dan giler jugak sebab satu malam aku tak boleh tidor. tidor jugak la tapi tidor2 ayam. pukol 2 pagi aku start tidor 'ter'bangun pukol 4;30 pagi. allright tak? terbayek kan. hahaha. eksaited, itu pasal jadi macam tu. Hari ni adalah hari pertama aku bekerja walhal sekian lama aku menganggur. hehehe. Alhamdulillah, rezeki la katakan. Alahhhh.... keje biasa2 jer cik kiahhhh. takde lah keje2 macam kerani2 tu idok lerrr. keje amik order-hantar makanan-angkut pinggan, waitress lah! hehehe. jadilah daripada 'nan hado'. walaupon keje macam tu, gaji pon masyuk jugak. boleh la kalau nak beli Ipad3 2 bijik. Amboi... amboi...amboi (sambil goyangkan jaring kelinking- mcm azwan ali) Haa... sape nak bagi banyak tu, kannn? boleh la buat side income buat beli baju raya kami sekeluarga. hewhewhew. Ok lah, nak pergi iron baju dah ni.




Eh, jap, jap, jap! sebenarnya aku ni lambat lagi nak pergi keje. pukol 11:30 baru masuk keje. lambat lagi kan. ahaks! ok sekarang terlampau awal sangat aku bangun dan jugak terlampau bebenor aku nak iron baju sebenornya. ehek. Adoi, aku pon dah blur dah sekarang tataw nak buat apa.




well, baru2 ni aku sambut hari jadi anak aku Alyssa yang pertama dekat restoran Tuk Din. Sambutan hari jadi anak2 biasalah, kecil-kecilan. takde nak meriah sangatlah. mula2 aku dengan suami dah plan nak buat kat rumah jer, invite jiran2 dan buat jamuan2. tapi jiran2 pon 2,3 kerat jer so tak jadi. Besides abah aku pulak balik Malaysia, jadinya kurang enak lah kalau jiran datang tapi tuan rumahnyer pulak takdo. pendek cerita aku ni segan sebenornya dengan jiran2 ni sebab diorang lebih mesra dengan aboh aku, tapi dah aboh takde takot kami pulak yang saling segan menyegani antara satu sama lain di hari jamuan nanti. Ehm, takde rezekilah gamaknyer nak buat kat rumah. Jadinya kami pon tukar plan. Pikir punya pikir, adik aku kata 'why not kita buat kat restoran tempat lama aku bekeja?' So, aku dan hubby pon sebulat suara kata 'OK'. Adik aku pon tempah meja. Makanan pon kami buat 'ala carte', cadang mulanya nak buat makanan berlauk. tapi dah jemu menghadap makanan berlauk, dekat rumah hari2 dah menghadap so tukar citarasa lah siket. Adik aku pulak sponser kek dengan belon helium dan 1st badge, manakala aku dengan hubby sponser makanan dan hadiah2. Jadi la kan, daripada tak sambut lansung. Mudah2an anak aku happy. Tak pe lah, InsyaAllah, bila anak2 dah sekolah nanti mungkin lagi meriah jamuan hari jadi aku akan buat nanti. Sekarang ni bukan nak ada kawan sangat, tempat baru lagi, lama2 ramai lah kawan.


Ok lah, nak isi perut jap, then siap2. haihh... nebes jugak sebenarnya ni. hopefully semuanya berjalan dengan lancar, amin. harap2 servis underground train tadak buat hal hari ni. harap2 jugak tak terlelap lah nanti keja. semalaman tak tidor la katakan. terbuat macam tu naya pulak aku nanti. Sambil2 tu layan lah gambar2 yang tertera kat bawah ni nohhh. ceq pi dulu. babai........................... :)































Saturday 26 May 2012

Aku benci jerawat!!

Assalammualaikum manusia...

Hari ni weather kat luar ni best sesangat. Panas macam kat Malaysia, dengan angin sepoi2 bahasa serupa lepak kat tepi pantai. Dapat bayang tak? Best kan. Jangan jeles tau. Hehehe. Okay lah, berdasarkan tajuk di atas ni memang obvious sangat kan. Sebenarnya masalah jerawat ni daripada zaman remaja lagi dah, cuma tak besar macam sekarang ni. Kecik2 je, orang panggil jerawat nasi. Tapi sejak beranak dua ni lagi bertambah2 teruk. Kalau nak tahu masa mengandung tak pulak muka ni nak keluar jerawat, halussss jer. Habis pantang dalam 3-4 bulan macam tu mulalah tumbuh. Mula2 kecik je. Semenjak berpindah ke London ni, makin menjadi2. Ishk tak tahu lah apa masalah sebenarnya kulit muka aku ni. Mungkin tak sesuai dengan cuaca ke, air ke, aku sendiri pon masih bingung. Masalahnya, kawasan pipi bawah dan dagu yang rajin tumbuh. Puas dah cari petua dekat internet ni, lumur muka dengan zaitun campur garam, aspirin campur madu, tomato campur gula pon tak berhasil2 jugak, malah lagi teruk ada lah. Jenuh!




kawasan ini lah yang paling maju sekali.



banyak kan parut jerawat :(


Mengikut kajian jika jerawat tumbuh dibawah dagu, bermakna fungsi buah pinggang telah terjejas atau rembesan dalaman lemah. Juga kemungkinan haid yang tidak teratur atau sistem peranakan yang bermasalah. Bagi aku semenjak duduk sini kitaran haid memang kurang memuaskan, kejap datang kejap tak datang, kadang lambat kadang cepat. Aku pon selalu tidur tak cukup, kurang minum air dan makan makanan berminyak. Ok, kalau nak tahu aku ni gila minum minuman yang berkafein. Especially, kopi & coke. Minuman2 ni lah tak boleh nak dielak, hampir setiap hari aku minum. Coke je kadang2.  Tapi sekali dapat satu botol yang besar boleh aku habiskan. Hehehe..................


Hari ni tergerak hati nak ke Holland & Barret, lebih kurang macam kedai jamu la kat sini. Macam2 ubat ada jual disini. Dekat sangat kedai ni dengan rumah aku, lebih kurang 20 minit je jalan kaki.


friendly paper bag...



Yang aku boleh nak pergi beli vitamin2 ni sebab aku ada terbaca dekat satu blog ni, pasal jerawat2 la jugak. So aku pon terpengaruh daripada beliau untuk buang duit beli vitamin. Memula nak pergi beli vitamin E dan Evening Primrose Oil. Sekali promoter dekat situ bagi aku satu set yang seperti di atas ni. Except Lotion Rescue Oil tu, aku beli kat kedai lain, kedai 1£ ( RM 5). Nah, ambik hang, memang buang duit. Ingat nak save sikit buat beli perfume kat Mark & Spencer £3.50. Tak mengapalah, buang duit untuk kebaikan kulit :P Kata promoter tu 3 minggu dah boleh nampak dah kesan dia. Kalau tak berkesan jugak, memang aku cari balik promoter ni suruh jual ubat free kat aku. Hehehe.....

Evening Primrose Oil ni khasiat dia seperti :
  • Melegakan sklerosis.
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • Mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun .
  • Mengelak kulit daripada kering semasa proses Monopous .
  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
 Zinc pulak aku beli yang maximum strenght punya. Khasiatnya adalah seperti baik untuk kulit yang berjerawat, mengelakkan kulit dari kendur, kuatkan akar rambut, dan kuat kan kuku.

Then yang kotak ada gambar ada daun tu ialah teh yang sangat tak sedap, bubuh lemon atau madu pon still payau2. Memang tak boleh belah la rasanya. Baru sekali je minum, tak tahu lah esok tekak aku ni boleh terima lagi ke tak. Khasiatnya bagus untuk buang toksin dalam badan. Almaklumlah, tubuh badan aku ni macam2 belasah, i mean makan dan minum macam2. Kesian perut ku.

Last but not least Lotion Rescue Oil, fungsi lebih kurang macam minyak Bio-Oil la, tahu tak minyak tu?? Boleh rujuk dekat Mr. Google. Ehek. Bagus untuk memudarkan parut atau stretch marks (bagi ibu2 yang mengandung atau selepas). Bertindak sebagai pelembab pon boleh jugak. Tapi tak tahan sebab bau dia, Masya Allah..... hanyir! Apa2 pon rata2 orang kata minyak ni berkesan. Tapi apa yang perlu ke'konsisten'an diri itu sendiri. Nasihat untuk diri sendiri. ;P

Inilah rupa uncang tehnya. Nampak macam sedap, like Teh Boh. Teh Boh lagi triple sedap, yaw!



Yang ni dah berkurun dah beli, pon beli dekat Holland & Barret. Fenugreek atau dalam bahasa Malaysia biji halba. Ini khasiat untuk menambahkan susu badan. Almaklumlah, anak masih kecik, nak bancuh susu botol malas, pakai susu segera je lah. Hehehe. Terbaekkk yang ni, berkesan sangat2.


Ok lah, lagi 3 minggu kita tengok ye result dia. Nanti aku post gambar muka aku yang terbaru. Berdoa sangat kulit muka ku licin mulus seperti Lisa Surihani. Babai....................................................

Wednesday 23 May 2012

First time berpuasa di London



Assalammualaikum....
                                   
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk bulan Rejab. Menghitung hari saja untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. MasyaAllah, masa berlalu begitu pantas. Tak sabar rasanya untuk merasakan pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan dekat sini. Semalam Alhamdulillah dapat jugak aku menunaikan puasa sunat Rejab dan itulah kali pertama aku berpuasa di London ni. Subhanallah, panjang betol masa berpuasa. Pukol 2 pagi aku bersahur dan berbuka puasa pada pukol 9 malam. Bangun pagi2  tu aku masih rasa seperti biasa, rasa seronok, semangat then masuk pukol 3 tengah hari dah mula rasa lemau sikit. Lepas Asar terus krohhhhh dengan anak2 aku. Anak2 dah biasa dah tidor waktu siang. Pukol 6 petang bangun keluarkan lauk untuk disiang sebelom masak. Pukol 7:30 petang baru masak. Lauk yang aku masak ala kadar je. Bila berpuasa biasa lah, mengidam macam2. Hehe. Semalam tekak teringin sangat nak makan asam pedas, kebetulan pulak ada ikan makerel (spiesis ikan kembung), ahah apa lagi, cedok resepi dekat google la. Alhamdulillah jadi walaupon tanpa bunga kantan dan daum kesom, cuma kalau ada dua beradik ni bertambah2 lazat lerr dengan aroma bunga kantan yang mewangi tu. Nak buat macam mana, tekak dah teringin sangat nak makan. Bukannya tak ada dijual kat sini, cuma hanya dijual dekat Oriental Shop. Dekat Oriental Shop lah tempat kalau nak cari produk2 makanan Malaysia. Cuma mahal sikit lah, almaklumlah, import la katakan. Jarak Oriental shop pulak agak jauh jugak dari rumah, so nak kena naik kereta jugak kalau nk pergi. Tak berbaloi kot sebab nak makan untuk aku dengan anak beranak je. Tak apa lah, lain kali aku buat asam pedas betol2 kaw punya. Hurmmm, rindunya asam pedas jonker walk dekat Melaka tu. Asam pedas ikan pari datang satu set dengan nasi putih, sayur kobis goreng, telur masin separuh dan sedikit sambal belacan yang kebabom tu, pergh, terbayekkk! Eh, semalam aku ada jugak buat sambal belacan. Tapi belacan dia tak ada lah kebabom macam belacan utara. Pasal mengidam sangat sambal belacan dekat tengah2 kota London ni, buat bagi menjadik jugak. Adik aku makan sampai tak terlangut2 dah. Adik aku memang gila makan sambal belacan. Huishhh.... amboi, kalau tulis pasal makan kalau boleh sampai panjang berjela buat entri. Ok, sudah2.

Ok sekarang nak cerita pasal fadhilat berpuasa pada bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")


Antara kelebihan berpuasa pada bulan Rejab:


  1. Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

  2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

  3. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

  4. Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

  5. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

  6. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

  7. Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

  8. Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

  9. Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

  10. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

  11. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun


  12. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun


  13. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

  14. Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

  15. Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

  16. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

  17. Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.                                                                                                                                                                                                                                                                           Alhamdulillah, tercapai jugak untuk aku berpuasa sunat Rejab, dan ini jugak pertama kali aku menunaikannya. Ini sebab terpengaruh dari kawan2 di Facebook. Terpengaruh untuk benda yang dapat pahala tak apa. Kalau tak, sampai ke hari ini aku tak tahu lansung. Astaghfirullahalazim, betapa jahilnya aku kan! Semoga Allah s.w.t terima amalan ku ini, InsyaAllah...................................................................                                                                                                                                                

Wednesday 2 May 2012

Rindu untuk mencoret...




..... kehidupan famili comelku di sini.....



Assalammualaikum..........................

Kalau tak jawab berdosa, kalau jawab sayang - Maria Elena

Rasanya dah hampir 3 bulan blog ni tak terusik. Dah berhabuk dah pun.

Maafkan saya..... maafkan saya.... (baca dengan nada suara Nabil sbg detektif Conan)

Heee... bukan bermaksud saya dah lupa bagaimana untuk karang blog, cuma ye lah, sibuk menyesuaikan diri di negara orang (terbaik tak alasan??)

Tidak.. tidak.. tidak.. saya bukan dah lupa diri atau feeling2 mak saleh dekat sini. Ya Allah, dah banyak malam saya mengigau2 nak balik Malaysia. (Drama sangat!)

Ok lah, terus terang saya cakap memang saya bosan sungguh berada di sini. Nak makan nasi lemak pon tak dapat, inikan pulak roti canai telur, kuah dhal sambal pon tak dapat. Saya rindu sangat dekat abang yang tebar roti canai pusing2 macam helikopter tingginya sampai ke bumbong gerai dekat Melaka dulu. Roti canai dia memang terbaik lah! Kuah dhal with sambal memang meletop. *terliur dahhh.....

Saya dekat entri ni bukan nak cerita pasal abang yg tebar roti canai helikopter tu, tapi nak berkongsi kegembiraan saya dekat pembaca2 blog ni. (kalau ada yang baca) Kalau terbaca entri yang lepas, ikutkan suami saya bakal berada disini bulan ni (May), tapi akhirnya termakbul jugak doa saya pada suami untuk sampai lebih awal. 2 minggu kemudian suami saya pon akhirnya dapat jugak jejakkan telapak kakinya di London buat pertama kali dalam sejarah hidupnya. Alhamdulillah. Orang paling gembira sekali masa tu sudah tentulah saya, abis sape lagi kan? Anak2 pon turut bergembira. Alya lah paling happy masa tu. Anak abah la kate kannnn....

Ok, sekarang nak cerita pulak lah pasal kawasan yang saya tinggal ni. Saya sekarang ni tinggal bersama2 dengan abah saya dan adik. Memandangkan susah jugak untuk cari rumah yang murah dekat sini jadi kami bersepakat untuk menetap bersama tapi mungkin untuk sementara sajerrr. Maklumlah, dah ada anak2 ni leceh siket lah. Saya dan suami tak rasa leceh tapi kemungkinan abah dan adik saya je lah, maybe diorang nak ada 'privacy' siket kan. Tak pe lah, bersabar je lah dulu.

Rumah yang saya tinggal sekarang ni rumah 'style' Flat. Jiran2 pon memasing hal. Tapi Alhamdulillah, ada jugak se-keluarga melayu yang tinggal dalam Flat ni. Kami pon saling kenal mengenali, almaklumlah, kawasan yang kami tinggal ni berapa kerat je orang melayu. Sebab dekat sini atau dipanggil 'Zone 3' kebanyakan bangsa2 seperti 'Polish', 'Singh', 'Hindustani', 'Pakistani', 'Vietnamnese', 'Japanese', 'Korean' yang banyak tinggal dekat sini. Senang cakap kawasan 'foreigner'. Memang tak ada sekerat pon yang 'English' (mat saleh british original). Sedihkan? Ahaks! Kawasan 'foreigner' uuuuuuu...... Hewhew. Tak pe lah, janji LONDON. Hehe.

Flat yang saya dudok ni 'convenience' sangat! Save tenaga, save duit, save minyak, save peluh sebab sebut je kedai apa nak pergi, Tesco, kedai daging, ikan, ayam, sayur, telur, buah, kedai baju, kedai pampers, kedai perabot pon semuaaaa ada dekat depan ni jer. Jalan je kaki bedah oooiii. Tak payah nak bersiap, bermake-up bagai lepas tu nak cari kunci kereta, pakai kasut, setat enjin, tolak gear tekan minyak, tak payah semua tu. Pakai je baju tidor, kumur2 mulut, basuh muka, pakai kasut and chau! Agak2 roti dah abis memalam buta, pergi je depan tu, semua tersedia. Best tak?? ;D Kalau nak pergi Central London naik bus or train dalam sejam dah sampai.

Tetiba letih pulak jari jemari nak menaip. Apa kata kita layan gambar pulak.................


feeling2 dekat Master bedroom depan cermin. :p


Kingly Court


Alya meets her feveret cartoons at London Eye



me on London Eye bridge



menanti tube/train untuk pulang...







Alya  had bubble bath at this time...









At Oxford Circus Underground Station from aisya ibrahim on Vimeo.

Ok lah, sampai di sini saje. jumpa lagi. take care. love u so much!!



Monday 27 February 2012

London here we come!!!

Bismillahirahminnirohim......

First of all saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memakbulkan impian saya untuk membawak anak2 (jerrr) ke tempat dimana tumpahnya darah ku, walaupon suami saya tak dapat ikut serta bersama2 kami atas sebab2 tertentu. InsyaAllah, jika tiada apa2 halangan suami saya akan ke sini bulan May atau June.

Hari sebelom nak bertolak ke sini adalah hari yang paaaaaaaling sibuk. Bayangkan saya sorang2 jer yang packing barang2 anak2 termasuklah barang saya. Huh! Sampai tak tidor. Dah lah pagi tu nak ke airport pukol 5:30 pagi2 subuh. Memang satu malam tu tak tidor sebab takut terlepas kapal terbang. Sebenarnya naik flight pukol 10 pagi. Tapi nak check in tu la yang kena awal 3 jam. Adoi!

Sampai airport sempat breakfast bersama mama saya yang tercinta dan jugak adik2 saya. Turut berada di situ suami, bapa dan ibu sedara saya. Habis breakfast McD kami terpaksa bergegas ke departure gate sebab dah sampai masa untuk fly. Memang rushing gila time tu. Sedih sebab rasa macam tak sempat nak peluk puas2 dengan mama, adik2 dan suami yang disayangi. Saya dengan Alya menangis masa tu tapi paling kesian Alya lah. Satu airport boleh dengar suara dia punya lah kuat dia menangis. Alya tak boleh berpisah dengan abah dia. Biasanya kalau dekat rumah tiap2 pagi dia mesti bangun awal tengok abah dia pergi kerja. Memang sedih laaaa :(((

Masuk jer flight pramugari bagi Alya 1 set permainan sponge bob,  terus diam. Haha. Alhamdulillah, sepanjang berada di atas flight Alya tak buat perangai cuma Alyssa jer yang kadang2 ada merengek2 siket maybe sebab tak selesa kot. Pramugari ada bagi satu bassinet untuk bayi tidor, lebih kurang macam baby carrier la. Nanti saya letak gambar dia. Alyssa tidor sekejap je dalam tu. Selebihnya mama dia yang kena jadi baby carrier. Huhu... lengohhhh!

Alhamdulillah, 6 jam kemudian kita orang selamat mendarat ke Doha airport sebab transit, dalam 4 jam. Tapi seriously tak rasa macam 4 jam pon, rasa macam sejam 2jam macam tu sebab sibuk melayan kerenah Alya ligan dia sana sini, pas tu makan kejap,  salin pakaian diorang dan saya, window shopping kat duty free kejap pas tu naik kapal terbang.  Then fly away to Heathrow, lebih kurang 7 jam.

Second flight yang kitaorang naik tu cabin dia tak besar sangat macam yang sebelomnya tapi nasib baik dapat extra sit untuk alyssa tidor. Kalau tak, lengoh! Silap2 kejang terus tangan. Dapat la nap kejap walaupon tak lama. Makanan Qatar Airways ni not that bad lah, semua sedap2. Dessert2 dia tu yang mewah. Kejap2 pramugari akan tanya untuk minum tea, coffee or juice lepas makan. But yang special kids meal dia, comel sangat. I promise to you, nanti saya letak gambar dia. Hehe...

Sampai jer Heathrow airport adik saya yang bertahun2 tinggal dekat London ni dah terpacak dekat Arrival Gate dengan cousin abah saya,Uncle Det. Mujurlah diorang sediakan MPV kalau tak naik Tube jer, adoi,penat kotttt. Dengan sejuk lagi,dengan anak2 lagi, dengan bag2 lagi, memang TAK ARRR. Hewhew .... Dalam perjalanan nak ke car park kepala jadi pening macam nak pitam, mabuk2. Entah lah, maybe tak cukup rehat kot dengan terapung2 kat atas awan tu, tu yang mabuk kot. Janji selamat sampai sudeyhhhh.

Sebelom sampai rumah abah sempat singgah kejap dekat Fish n Chips cafe utk beli dinner kitaorang. Fish n Chips ni kira macam signature dish orang London laaaa. Macam Melaka dengan asam pedas, N. Sembilan dengan masak lomak cili padi. Heheh. Alamak, ter rindu asam pedas claypot kat jonker walk. Huaaaarrr! Tu la, sape suruh cerita pasal makan?? Kan dah tak pasal2 meleleh dah air liur ni. Huhu.

Sampai jer rumah kitaorang, cehhhh, kat Hartington Road, Ealing Broadway, Zone 3,........ haha..... full address gua kasi.... hehehehhh...... letak bag2, salin pakaian n pampers, makan fish n chips and then... BOM! atas katil ..... zzzzzzzzzzzzzzzzzz! Seminggu jugak jet lag. Phewww!

Alhamdulillah, kitaorang sampai sini dengan cuaca sejuk yang tak lah seterok yang saya sangka sebelom ni sebab sekarang ni dah masuk musim Spring, tak sejuk sangat lah, like 10 degree celcius.














So, just nice. Cuma Alya lah demam pulokkk. Walaupon cuaca just nice bagi yang tak biasa sejuk di London ni akan rasa jugak sejuk yang melampau sebab ya lah, kita biasa dari negara cuaca yang panas melampau so akan jatuh sakit jugak lah kalau tak berpakaian sejuk yang lengkap. Alya yang boleh demam ni sebab dia kat luar tak nak pakai baju sejuk, even kat dalam rumah pon saya kena pakai stokin walaupon ada heater tapi Alya mat saleh abis, tak nak pakai baju, siap bogel terus pakai pampers je! Dia ingat dia masih kat M'sia lagi kot. Ha, sekarang memang dapat penyakit lah. Degil.

Alya kadang2 termenung sorang2. Adik saya cakap maybe dia rindu kat abah dia. Anak abahhh. 1st day dah call abah dia dah. Kesian dekat abah dia jugak, rindukan kitaorang sampai demam. Suami saya cakap dia tengok baby chair yg kat rumah sana dia macam nak menangis sebab rindu. Memang pilu lah kalau hati wanita yang rapuh ini mendengar luahan seperti itu. Turut sama menangis, tapi apakan daya. :(

Hampir seminggu dah kami berada di negara yang penuh misteri ni. Hari demi hari saya menanti dan menunggu dengan tidak sabar rasanya untuk menyambut suami saya datang ke sini menikmati dan memburu kejayaan di sini. Hmmmm.... Sabarlah wahai sang isteri. Harinya akan tiba jua.

Ok lah. Next episod akan saya ceritakan di lain entri sebab ni baru intro jer. Hehe. Till' then. Babai.


















Thursday 16 February 2012

Lelong... Lelong.... Handbag River Island!!!
















Bag ni saya beli masa raya tahun 2010. Pakai 4-5 kali jer sebab pakai time pergi kenduri ajerrr.
Condition 100% terbayek. Beli kat UK. Mintak adik saya yang tolong belikan. Harga masa beli time tu 45 pound sterling. Kalau dalam currency RM lebih kurang RM200++ lerrr. Nak jual harga RM90 jerrr. Tapi boleh runding lagi harga. Memang meletop lah kalau digayakan dress ker, kurung ker sebab ianya berwarna gold yang sememang 'the bomb'! Sebab2 nak jual, nak kumpul duit untuk shopping. Ngehngehngehhhhhhhhhh =P