About Me

" dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.... "

Friday 27 January 2012

Bermalas-malas di hari Sabtu.

Agaknya saya ini memang pemalas kot. Nasib saya memang baik dapat suami yang jenis memahami sikap pemalas saya ini. Huhu. Entah kenapa berat sangat punggung saya untuk lekang dari kusyen. Satu kerja saya tak buat2 lagi cuma tadi bangun2 terus mandi, pas tu mandikan anak2, bancuh nestum dan kopi, pas tu bersarapan. Lepas kenyang perut senangnya hati, lekat punggung dekat kusyen yang empuk lagi tenggelam dek selalu sangat kena hempas punggung si pemalas ini.

Berjanji pada hati, lepas habis update blog ni memula nak basuh baju, lepas tu biarkan mesin baju itu lakukan khidmatnya, manakala saya pulak p basuh pinggan mangkuk, buang sampah, sapu dan mop lantai. Lepas tu nak basuh bilek mandi. Lepas tu.....emmmmmmmm....... tataw!
















Ba-bai!

Thursday 26 January 2012

Kategori jenis-jenis kentut.

Kentut pon ada kategori ker?? Haiyohh. Genius betul 'penganalisis' jenis kentut tu bukan? Kebetulan pulak malam ni tataw lah pesepa perot chek ni dok meragam, ter-kentut-kentut. Salah makan lah kot... ataupon keracunan makanan dan bakal menghidapi cherry-berry (cirit birit)..... Pas tu bukak pesbuk tetiba ternampak kawan saya ada komen dekat gambar (bawah ni) kat kawan dia punya pesbuk. Hahaha.... memang tergelak-gelak jugak lah baca. U know y i gelak2....?





Sebab rasanya semua jenis2 kentut ni saya dah pernah pon melaluinya. PEACE!! Yang kategori TAK JUJUR memang selalu saya buat dengan suami saya ataupon adik2 saya tiap kali terkentut dalam kereta. Sifat macam ni memang boleh dikategorikan sebagai EGO sebab dah kentut tapi still tak nak ngaku mati-matian. Ya, saya memang EGO dalam kategori ini.  Kategori BENGONG, kadang2 terjadi jugak kalau ada orang berdiri di belakang saya ataupon dalam lift. YAKIN DENGAN DIRI... itu kalau saya sorang2 kat rumah atau dalam bilik air, yang penting tak dak orang lah kat situ. SADIS - memang seringkali terjadi kalau time nak tidor, sebab kesian kat anak2 yang tidor disebelah saya, memang kena kibaslah selimut biar bau tu keluar, takkan nak simpan pulak. Kang ada pulak yang pengsan. Teheheee. STRATEGIK, MISTERIUS & GUGUP alhamdulillah, so far tak pernah terjadi lagi. Tapi yang kategori MISTERIUS tu memang tabek spring la kalau yang pernah ada buat, bukan senang tu, keje susah. Manakala kategori PERIANG & PEMALU TU memang ada jugak terjadi, kadang-kadang lah. Hehehe.................................. Jadi apa jenis kentut anda pulak? Cer citer!

Wednesday 25 January 2012

Malas nak lipat baju!!

Malas! Malas! Malaaaaaaasssss! Tengok lah, berlonggok2 punya baju dahhh.





 ini ni bukan ape, ambik angel serong2 mcm ni kasi nampak cantik siket. :P


 tak cukup lagi?? yang kat sini pon aderrr....


yang kat luar lagi pon apa kurangnya, lagi berlambak2. hamek kau!



Ini semua gara2 balek Kedah beberapa hari yang lalu. Balik sebab ada wedding abah saya. Bertimbun2 baju nak basuh pas tu melipat. Tambah2 pulak saya ni jenis pemalas nak lipat baju, lagilaaaa. Maw tak maw paksakan diri jugak lipat semua baju2 ni sampai habis, kalau tak memang menyemak pemandangan ruang tamu rumah saya yang dah memang2 semak gara2 budak dua orang tu punya keje. Itu dua budak pun satu hal, asal pagi je celik2 mesti punggah habis segala 'lego', 'puzzles', tak cukup lagi ditambah pulak dengan colouring book yang makngah dia bagi dari london, taw2 je lah klu dah dapat colour2 yang jenis ber'ink' magic tu, habis meja kopi saya dah banyak peta dunia sekarang. 

Tapi memang tak sia2 lah dapat balik Kedah baru2 ni. Dapat bawak balik buah tangan dari London. Heheheh! (Gelak sambil renyeh panjang).


 Shop bag -Harrods and minyak wangi ZARA. yahhh... i know..i knowwww... sini pon ade Harrods. Tak yah nak kecoh2 sangat. Tapi bag ni memang original dari lundunnn tu! Jangan jeles hokeyhh! Ok, yang minyak wangi tu bau dia...em-emhhhh harum sesangat taw! bau dia nak macam...seakan-akan J'adore Dior. Fuh, so-my-taste habizzz!


 Bukan shop bag sahaja taw, dapat Harrods handbag lagi. Terharu sesangat (sambil renyeh lagi panjang). Thank u dek kesayangan ku. Next time beli la lagi, dapat Prada pon jadi lah. Eceeewahhhh, MELAMPAU!!! hewhewhew....


OK..OK..OK... (sambil buat aksi gedik-kepochi).... Ada one friend of mine yang gila baik hati, pemurah tak kedekut kasi saya satu tudung Fareeda. Aduhai... lagi lah terharu, sebabnya memula dia nak bagi hadiah untuk Alya n Alyssa je untuk Alya punya belated besday yang dah lepas sebulan. Ada jugaaaakkk untuk mama Alya. (kejap... kesat ayaq mata sat) terharu sebab tudung fareeda ni kalau dah ada yang tahu harga nya kat pasaran memang eden tak mampu lah nak beli, lebih bek beli yang 'replica' jer. heheh... rasa tak berbaloi. Tapi Alhamdulillah, rejeki golek ni. Semoga Allah merahmati kawan aku yang berhati pemurah itu, amin.




Till' next then. Jom susun baju ;)

Monday 23 January 2012

Abahku kahwin lagi.


 AMBOI.... tajuk. Panas! Tapi jangan lah salah faham pulak yer adik2. Bukan abah saya pasang lagi sorang ke ape. Hehe. Abah saya memang dah membujang lama dah. Dari saya sekolah lagi. Baru sekarang dapat pengganti baru. Baru2 ni majlis pernikahan abah saya selamat berlansung di Bandar Laguna Sungai Petani, Kedah pada 21 Januari 2012. Kebetulan pulak adik saya yang no. 2 baru pulang ke tanah air dari London sehari sebelum majlis berlangsung. Elok sangat lah tu. Semua anak2 abah ada di majlis gilang gemilang tu. (tak ada la gemilang sangat. orang tua2 kawen) Hehe....


Jom tengok gambar!



 bila kesengalan masing2 dah berjangkit. aksi "tangan di bahu bebola mata pusing ke atas"...
Selamat pengantin lama.... hehehe

macam tak puas hati jer mamat tu dengan hubby i. hehe. takde lahhh....

tiga beradik yang cun tapi kadang2 sengal...

anak abah...
mak sedara(s)....













Tak banyak pulak ambik gambar pengantin. heheh. Mesti ada yang tertanya2 saya macam tak berapa 'eksaited' sangat kan dengan abah saya punya wedding. Anak mana lah yang suka tengok parents kawen dengan orang lain. Kalau boleh hari2 berdoa mintak Allah satukan balik ibubapa kami. Tapi saya sebagai hamba Allah memang tak boleh nak elak daripada takdir Ilahi kerana Dia lah yang Maha Menetu segala2nya, jodoh pertemuan dan maut semua ditanganNya. Jadi mahu atau tak mahu terpaksalah kita terima dengan ketentuanNya. Ok lah, sebenarnya ada lagi gambar yang best2 and cun2. Tapi nak buat dalam entri yang lain lah pulak. Sekian saja berita hari ini.


Wassalam.

Wednesday 18 January 2012

Passport familiku.....

Siap sudeyhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh................

Saya paling menyampah kalau nak kena pergi Jabatan Imigresen buat passport. (sorry, ter-emo siket) Tahu2 je lah kalau pergi tempat2 'kerajaan' macam ni sudah tentu lah tempat nya yang agak sesak (sambil tangan dibahu, bebola mata berpusing ke atas). Kalau pergi sorang2 memang senang siketlah keje, tunggu lama pun tak aper. Ini dengan anak beranak sekali hangkut. Memang kelam kabut. Tapi dalam kelam2 kabut pun Alhamdulillah, selesai jugak satu bab. Phewwwww.........

Kalau nak kena travel jauh2 memang banyak kerja nak kena buat. Tambah pulak bukan pergi vacation ke aper, tapi nak berpindah, sekali lagi BERPINDAH, penat. Dengar saja pun dah penat. huhu.


Ok lah, nak gedik jugak la post gambar. hehe......










Anak beranak punya passport.















Ba-bai.


Monday 16 January 2012

Buang Braces dengan kadar yang pantas...



Saya ditakdirkan untuk membukak braces dengan kadar yang pantas @ segera sebab saya bakal berhijrah ke London dalam masa 2 minggu je lagi. Homaigod. Bagaimanakah??? Bolehkah??? Mustahilkah pekara itu dapat dilaksanakan dalam masa 2 minggu ini? Sebab kalau ada yang mem/terbaca entri terdahulu jika mengikut perancangan lagi 3 bulan baru boleh bukak. Adoi... Ini lah yang dok putar2 dalam fikiran saya dari semalam. Dah buat panggilan dah tempat dentist tu tadi tapi Doc Kathe tu pulak off duty ari ni. Semuanya nak cepat. Masa yang diberi pulak terlalu singkat. Kenapalah nak kena terbang waktu2 ni? emmmm.... :s
Itu je la bebelan saya yang cuba nak disampaikan setakat ni. Ba-bai.






:(




o yah! sementara itu, jom geletek hati ini dengan keletah bayi ini.......



 ini sumer keja abah dia. kesian kena buli.... hahaha!



ini pulak saya yang buli dia......


hahahahahaha!! kelakar x? kelakar x???



Saturday 14 January 2012

Cerita di hujung minggu.... BRACES


Hujung2 minggu ni orang layan cerita hindustan kat TV, macam hubby saya yang tengah layan cerita Duplicate lakonan Shah Rukh Khan kat TV3 sekarang ni. Manakala saya pulak sibuk nak buat cerita di hujung minggu jugak tapi pasal diri sendiri. Hewhewhew. Rasanya cerita pasal saya ni takde lah menarik sangat macam cerita kat TV3 tu. Dah takde kerja sekarang ni, anak2 pon tengah tidor so masa ni lah bagus untuk memanjakan keyboard dengan belaian jejari2 saya ni.

Seperti tajuk besar di atas, saya teringin nak cerita pasal Braces. Tapi tak de siapa nak saya luahkan. Kalau dekat encik togey, nak cerita mende sangat, padahal dialah insan yang selalu menemani saya tiap kali ada Dentist appoitment. Dia pon dah naik bosan tengok setiap kali besi2 yang melekat kat gigi2 saya ni ditukar ganti. Berbalik pada tajuk, saya dah pakai 'pagar gigi' ni sejak Feb 2010. Hanya tinggal lagi 3 bulan je nak kena buang dah. Tak sabarnyaaaaa..... lamanya 3 bulan. hukhuk. Tiap kali tengok kat cermin mesti tertanya2 macam manalah rupanya gigi aku bila dah tak de besi2 ni lagi. Tapi bila dah tak de besi2 ni mesti rasa rindu. Mana tak rindunya, dah 2 tahun besi2 ni melekat kat gigi saya. Sedih pulak.

Masih segar diingatan ini sewaktu pertama kali nak pasang braces. Perasaan masa tu eksaited, ofkos! Neves pon ade jugak. Sebab memang dari zaman sekolah lagi saya teringin nak pakai braces. Yang paling tak lupa ada satu masa tu saya pernah ambik dawai besi dekat dapur senyap2, berdiri depan cermin dan cuba lekat2kan dawai tu dekat gigi saya. Berangan, konon2 saya pakai braces. Lawak betoi rasanya masa tu. Hehehee :P  Masa memula2 nak pasang braces dalam hati saya berbisik 'impian dah jadi kenyataan'. Haha.

Tapi saya rasa ramai yang tahu kos pemasangan braces bukan lah murah. Jenuh saya survey harga semua Dentist satu KL. Satu persatu saya called tanyakan kosnya. Alhamdulillah, tempat yang saya buat ni lah paling murah. Kebetulan dekat pulak tu tempat nya dengan rumah saya masa tu. (masa tinggal dekat Ampang dulu, sekarang dah pindah ke Senawang). Murah tu taklah murah sangat. Nak dapat kos yang harga seribu, mano nak dapet aihhh. Dulu ye la kot. Sekarang makin menjadi2. Paling mahal pon 10k. Yang saya buat ni RM4k++.   Ok laaaaa.... pejam mata la kejap. Nak cantik punya pasal. Untuk cik abeng jugak kennnn.......



inilah rupa saya sebelom memakai braces. senang cerita spisis gigi saya ni gigi jongang. eeee... sakit je hati ni bila dengar perkataan tu kan. kalau ada yang mengejek lagi la rasa macam nak hayun je tumit kaki ni kat muka orang tu. (kenangan pahit)




masa ni lah impian saya menjadi kenyataan. warna turqoise lagi, ofkos warna kegemaran ku. mula2 tu rasa agak janggal sebab terasa macam ada benda benda pelik yang melekat kat gigi. annoyed sangat. tak selesa. arrr... macam2 lah rasa. 



yang tak besnya sebab ada 'gap'. tak caya cuba zoom dekat2. lagi la rasa buruk. tapi semua tu kejap je. gigi geraham atas saya kena cabut 2 batang kiri kanan. tapi lelama dah takdak dah 'gap' tu bila gigi2 dah rapat semula dibantu dengan dawai pada besi ditarik dengan menggunakan 'elastik'. tujuan nya adalah untuk memberi ruang pada gigi yang jongang tu moving ke dalam.



imej lebih jelas lagi....



tapi sekarang dah tak ado dah. muka pon semakin comel. kankankannnn.... (angkat bakul sendiri nampakkk) hehe...






Rasanya tak sabar nak post gambar rupa saya bila braces dah dibuang. Macam manalah agaknya kan.....??? Tak sabiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr...........!


Friday 13 January 2012

Famili bahagiaku...

 ini laki saya, Togey. orangnya pun macam togey, kurus je. tak besar2. yang makin membesarnya saya :p

 ini pulak anak sulong saya, Alya. baru masuk 3 tahun. kalau diikutkan tahun ni sepatutnya 4 tahun. nasiblah beranak ujong tahun, slow siket tumbesarannya. tak pe, yang penting sihat dan comel. Alya ni boleh tahan jugak lasaknya. boyish siket.....


ini Alyssa, anak ke-2 saya. lahir bulan May 2011. yang ini besar siket dari kakak dia masa baby dulu. tengoklah isi tangan dia, montok2. ini pun boleh gagah jugak kelasakannya.....


so, inilah saya. *maluu :P








Setakat ini je lah buat masa sekarang. Nanti saya sambung lagi. Sekarang jam dah menunjuk pukol 2:18 pagi. Belom tidor2 lagi. Huhu...... Goodnite!


Serba siket tentang saya...

Assalammualaikum….

Saya Aisya tapi lebih selesa dipanggil Sya. Berumur 24 tahun masa besday saya 10 September yang lalu. Lahir di United Kingdom tapi dibesarkan di Kedah & Kuala Lumpur.  Seorang isteri kepada Togey dan seorang mama kepada Alya & Alyssa.
Sweet-sour adalah sebuah blog atau tempat untuk saya coretkan berdasarkan pengalaman kehidupan diri saya, keluarga dan kawan2. Juga ingin berkongsi resepi masakan walaupon saya tak de lah se’terer’ Chef Wan. Sini juga untuk saya ngomel tentang isu2 semasa, info atau tips yang berguna. Sweet-sour adalah sebuah blog santai yang sesuai dibaca oleh setiap golongan tak kira tua atau muda. Tapi yang muda mesti 18 tahun ke atas. Kalau 18 tahun kebawah dinasihatkan supaya mendapatkan kebenaran oleh orang tua dulu, yer.

Sekian……………………………………….. :)