About Me

" dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.... "

Monday 27 February 2012

London here we come!!!

Bismillahirahminnirohim......

First of all saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memakbulkan impian saya untuk membawak anak2 (jerrr) ke tempat dimana tumpahnya darah ku, walaupon suami saya tak dapat ikut serta bersama2 kami atas sebab2 tertentu. InsyaAllah, jika tiada apa2 halangan suami saya akan ke sini bulan May atau June.

Hari sebelom nak bertolak ke sini adalah hari yang paaaaaaaling sibuk. Bayangkan saya sorang2 jer yang packing barang2 anak2 termasuklah barang saya. Huh! Sampai tak tidor. Dah lah pagi tu nak ke airport pukol 5:30 pagi2 subuh. Memang satu malam tu tak tidor sebab takut terlepas kapal terbang. Sebenarnya naik flight pukol 10 pagi. Tapi nak check in tu la yang kena awal 3 jam. Adoi!

Sampai airport sempat breakfast bersama mama saya yang tercinta dan jugak adik2 saya. Turut berada di situ suami, bapa dan ibu sedara saya. Habis breakfast McD kami terpaksa bergegas ke departure gate sebab dah sampai masa untuk fly. Memang rushing gila time tu. Sedih sebab rasa macam tak sempat nak peluk puas2 dengan mama, adik2 dan suami yang disayangi. Saya dengan Alya menangis masa tu tapi paling kesian Alya lah. Satu airport boleh dengar suara dia punya lah kuat dia menangis. Alya tak boleh berpisah dengan abah dia. Biasanya kalau dekat rumah tiap2 pagi dia mesti bangun awal tengok abah dia pergi kerja. Memang sedih laaaa :(((

Masuk jer flight pramugari bagi Alya 1 set permainan sponge bob,  terus diam. Haha. Alhamdulillah, sepanjang berada di atas flight Alya tak buat perangai cuma Alyssa jer yang kadang2 ada merengek2 siket maybe sebab tak selesa kot. Pramugari ada bagi satu bassinet untuk bayi tidor, lebih kurang macam baby carrier la. Nanti saya letak gambar dia. Alyssa tidor sekejap je dalam tu. Selebihnya mama dia yang kena jadi baby carrier. Huhu... lengohhhh!

Alhamdulillah, 6 jam kemudian kita orang selamat mendarat ke Doha airport sebab transit, dalam 4 jam. Tapi seriously tak rasa macam 4 jam pon, rasa macam sejam 2jam macam tu sebab sibuk melayan kerenah Alya ligan dia sana sini, pas tu makan kejap,  salin pakaian diorang dan saya, window shopping kat duty free kejap pas tu naik kapal terbang.  Then fly away to Heathrow, lebih kurang 7 jam.

Second flight yang kitaorang naik tu cabin dia tak besar sangat macam yang sebelomnya tapi nasib baik dapat extra sit untuk alyssa tidor. Kalau tak, lengoh! Silap2 kejang terus tangan. Dapat la nap kejap walaupon tak lama. Makanan Qatar Airways ni not that bad lah, semua sedap2. Dessert2 dia tu yang mewah. Kejap2 pramugari akan tanya untuk minum tea, coffee or juice lepas makan. But yang special kids meal dia, comel sangat. I promise to you, nanti saya letak gambar dia. Hehe...

Sampai jer Heathrow airport adik saya yang bertahun2 tinggal dekat London ni dah terpacak dekat Arrival Gate dengan cousin abah saya,Uncle Det. Mujurlah diorang sediakan MPV kalau tak naik Tube jer, adoi,penat kotttt. Dengan sejuk lagi,dengan anak2 lagi, dengan bag2 lagi, memang TAK ARRR. Hewhew .... Dalam perjalanan nak ke car park kepala jadi pening macam nak pitam, mabuk2. Entah lah, maybe tak cukup rehat kot dengan terapung2 kat atas awan tu, tu yang mabuk kot. Janji selamat sampai sudeyhhhh.

Sebelom sampai rumah abah sempat singgah kejap dekat Fish n Chips cafe utk beli dinner kitaorang. Fish n Chips ni kira macam signature dish orang London laaaa. Macam Melaka dengan asam pedas, N. Sembilan dengan masak lomak cili padi. Heheh. Alamak, ter rindu asam pedas claypot kat jonker walk. Huaaaarrr! Tu la, sape suruh cerita pasal makan?? Kan dah tak pasal2 meleleh dah air liur ni. Huhu.

Sampai jer rumah kitaorang, cehhhh, kat Hartington Road, Ealing Broadway, Zone 3,........ haha..... full address gua kasi.... hehehehhh...... letak bag2, salin pakaian n pampers, makan fish n chips and then... BOM! atas katil ..... zzzzzzzzzzzzzzzzzz! Seminggu jugak jet lag. Phewww!

Alhamdulillah, kitaorang sampai sini dengan cuaca sejuk yang tak lah seterok yang saya sangka sebelom ni sebab sekarang ni dah masuk musim Spring, tak sejuk sangat lah, like 10 degree celcius.














So, just nice. Cuma Alya lah demam pulokkk. Walaupon cuaca just nice bagi yang tak biasa sejuk di London ni akan rasa jugak sejuk yang melampau sebab ya lah, kita biasa dari negara cuaca yang panas melampau so akan jatuh sakit jugak lah kalau tak berpakaian sejuk yang lengkap. Alya yang boleh demam ni sebab dia kat luar tak nak pakai baju sejuk, even kat dalam rumah pon saya kena pakai stokin walaupon ada heater tapi Alya mat saleh abis, tak nak pakai baju, siap bogel terus pakai pampers je! Dia ingat dia masih kat M'sia lagi kot. Ha, sekarang memang dapat penyakit lah. Degil.

Alya kadang2 termenung sorang2. Adik saya cakap maybe dia rindu kat abah dia. Anak abahhh. 1st day dah call abah dia dah. Kesian dekat abah dia jugak, rindukan kitaorang sampai demam. Suami saya cakap dia tengok baby chair yg kat rumah sana dia macam nak menangis sebab rindu. Memang pilu lah kalau hati wanita yang rapuh ini mendengar luahan seperti itu. Turut sama menangis, tapi apakan daya. :(

Hampir seminggu dah kami berada di negara yang penuh misteri ni. Hari demi hari saya menanti dan menunggu dengan tidak sabar rasanya untuk menyambut suami saya datang ke sini menikmati dan memburu kejayaan di sini. Hmmmm.... Sabarlah wahai sang isteri. Harinya akan tiba jua.

Ok lah. Next episod akan saya ceritakan di lain entri sebab ni baru intro jer. Hehe. Till' then. Babai.


















Thursday 16 February 2012

Lelong... Lelong.... Handbag River Island!!!
















Bag ni saya beli masa raya tahun 2010. Pakai 4-5 kali jer sebab pakai time pergi kenduri ajerrr.
Condition 100% terbayek. Beli kat UK. Mintak adik saya yang tolong belikan. Harga masa beli time tu 45 pound sterling. Kalau dalam currency RM lebih kurang RM200++ lerrr. Nak jual harga RM90 jerrr. Tapi boleh runding lagi harga. Memang meletop lah kalau digayakan dress ker, kurung ker sebab ianya berwarna gold yang sememang 'the bomb'! Sebab2 nak jual, nak kumpul duit untuk shopping. Ngehngehngehhhhhhhhhh =P

















Sunday 12 February 2012

Lagu frust tonggeng punya.






                                                                                                                                                                                           





Karoke lagu ni petang2 sambil makan cokodok.......... Layan...zzzzzzzzz!










Saturday 11 February 2012

Mama rasa bersalah dengan Alya.

(Entri luah perasaan)




Jarum jam di dinding sekarang menunjuk pukul 1:50 pagi.... PAGI. OK. Masih belum tidor2 lagi. Entahlah, lately ni makin sukar pulak nak tidur. Pepagi kalau dah bangun mesti termenung kejap baru masuk bilik air basuh muka atau mandi. Kekadang tu sampai dekat sejam termenung. Ini dah kes serius! Serius tak... ke.... belum serius lagi? Ermmmm....

Sebenarnya bukan lah sebab terlalu pikirkan sangat pasal nak ke London tu. Ini sebab hal anak2, especially Alya. Alya sekarang sejak membesar ni sikap kedegilan dia menjadi2. Tambah2 pulak sejak ada adik ni, entah di mana silapnya diri saya ni. Kerrr... saya ni mama yang tak berguna??? Bukannya saya ni terlalu manjakan sangat dengan Alya tu, kadang2 tu saya bersikap tegas jugak. Cuma yang buat saya tak berpuashati tu, lagi saya bangkang lagi dia nak buat, lagi saya larang lagi tu jugaklah dia buat 'dekk' je. Sampai satu masa tu, saya menjerit sekuat hati saya. Saya rasa macam lepas siket tekanan, tapi bukan kesemuanya yer. Masih berbaki kemarahan tu. Sebab lepas tu saya akan menangis dan saya salahkan diri saya. Selalunya macam tu lah perasaan saya tiap kali lepas memarahi dia. Mungkin jugak saya terlalu muda untuk melalui semua sampai adakalanya saya rasa menyesal. Astaghfirullah'azimmmm. Saya dah tak tahu kat mana lagi saya boleh meluhkan perasaan. Kalau nak luah dekat suami habis kuat dia akan cakap 'biasalah,budak2. what do u expect? Sabar je lah'. Lagilah tak membantu. Ok, terus terang saya nak katakan dekat sini, saya memang tak pernah nak berkongsi masalah dengan dengan orang2 tua saya pasal anak2 ni. Entahlah kenapa, memang dari dulu lagi masa mula2 dapat Alya. Rasa kekok. Takut diperkatakan mungkin. Budak2 ni demam sekali pun saya tak pernah nak mengadu. Saya rasa semua itu tak penting, ibarat saya boleh 'handle' sendiri tapi sebaliknya makin teruk. Huuu. Ok paling tak tahan dengan sikap Alya, last weekend saya niat nak bawak adik saya yang baru balik dari UK tu pergi makan2 dekat satu tempat pusat membeli belah kat area Seremban. Kebetulan pulak masa tu orang punya lah ramai. Adik saya ni teringin nak makan KFC, almaklumlah KFC dekat UK tak halal. Kononnya nak makan puas2 lah sebelum balik semula ke UK. Kitaorang pon dah sampai dekat KFC tu, dengan Alya n Alyssa masing2 dalam stroller masing2. Saya bawak si Alya and adik saya pulak bawak Alyssa. Tempat duduk pulak takde. Saya ni memang cukup rimas kalau satu2 tempat tu penuh sesak dengan orang2, saya boleh jadi cepat 'moody'. Tambah2 pulak sampai2 tempat duduk nak tunggu giliran pulak. Sambil2 tu kami masing2 perhati semua meja makan dekat situ, mana tahu kot2 ada yang kosong, at last tak de jugak, terpaksalah kami tunggu tepi meja orang kat situ makan. Ada satu meja tu ada sorang mamat dengan awek dia, tengok macam dah nak gerak. And then mamat tu pun senyum2 tanda diorang dah selesai dan mengizinkan kami duduk di meja tu. Belum sampai kat meja tu ada sorang minah ni tetiba datang serbu meja makan tu, saya dah mula bengang sebab minah tu dah nampak dah kami tengah dok 'aim' meja tu, sajeeeer jer minah tu. Saya pon pegi dekat minah tu cakap 'sorry, sebenarnya dari tadi kami dah tunggu meja ni. Sorry ekkk.' Masa tu pulak Alya buat perangai kat dalam stroller tu hentak2 kaki tunjuk protes nak turun dari stroller. Ok..ok... boleh cool lagi. Saya pun lepas Alya dari seat belt stroller tu. Lepas tu tetiba tak tahu lah apa kena dengan Alya ni menangis2 sampaikan baring2 kat lantai yang masa tu sesak dengan orang2 yang lalu lintas kat situ, saya pun hati dah buak2 dengan api kemarahan, apa lagi saya cuuubit peha dia 2x ditambah dengan 2x penampar hinggap ke pipi kecik dia kanan kiri, tak cukup lagi saya tampar 2,3x kat belakang dada dia lepas tu saya menjerit kat dia ' NAK APAAAAAAA???!!!' sampaikan adik saya tercengang terkejut tetiba saya boleh berubah jadi singa masa tu. Jangankan kata adik saya sorang je tu yang terkejut, semua orang dekat situ semua pandang saya. Masa tu memang erti maksud MALU tu terus zasss, tak ada lansung dalam kamus maruah diri saya. Lepas tu Alya pun melalak-lalak meraung. Adik saya yang pujuk2 Alya, mencuba untuk tenangkan keadaan. Saya nak tenang?? Memang tak lah, saya dukung alyssa letak dekat srtoller terus beredar dari situ tanpa pandang kiri kanan. Saya pergi jauh dari tempat tadi, saya duduk kejap dekat satu tempat. Saya BBM dengan adik saya suruh dia beredar dari situ. Saya dah memang tak ada selera nak makan kat situ. Last skali kitaorang terus pergi dekat kereta and then balik. Tapi kalau nak dikenangkan balik memang saya TAK PATUT buat macam tu kat Alya. Terasa diri ni bersalah sangat2. Tahap kesabaran masa tu totally lost! Rasa macam nak mintak maaf hari2 dekat Alya. Teruknya saya!!!

 Alya... mama love,love,love u so much u know dear....








Kadang2 saya bermonolog, bertanyakan pada diri, kenapa aku kena buat macam tu?? Apa aku ni tak layak jadi seorang ibu?? Hari2 saya berdoa supaya diberi kesabaran dan keimanan yang tinggi agar dapat saya mengawal diri dari hanyut dan lemah dengan dugaan dalam menempuhi dunia keibuan yang saya rasakan memang cukup..cukup mencabar ini. Ya Allah, bantulah hambaMu ini agar menjadi seorang ibu yang cekal dan tabah dalam mendidik anak, anugerah dariMu Ya Allah. Sesungguhnya aku cukup lemah ...............................................



*Nak bergenang dah air mata ni :(

Thursday 9 February 2012

Dugaan.... dugaan......





Saya yang pegang baby sambil jelir lidah itu. sorrylah gambar blur. henpon murah. peace!








Terasa agak lama jugak tak menulis blog ni. Ermmm.... Lately ni terasa sesangat2 hari demi hari makin sibuk. Almaklumlah kan, nak berpindah bukan lah satu perkara yang mudah. Nak-nak pulak last2 minute macam ni. Ini nak urus, itu nak kena siap.... ahhhh.... macam2 lah. Bencinya! Tapi tetap jugak laluinya dengan tenang walaupon hati kurang senang. Pheww!

Minggu lepas seminggu mama saya dan adik beradik berkampung dekat rumah saya. Boleh dikatakan sepanjang minggu tu asyik keluar, tak melekat lansung bunt*t ni kat kusyen :P .  Sampai2 jer diorang dekat rumah saya, esok terus pecut kereta Viva comel saya tu ke Damansara bawak diorang mentekedarah IKEA bebola daging. Dah lama mengidam akhirnya berjaya menjadi penghuni isi perut saya. Tenkiu adek, lebiu sebab belanja. Kalau orang belanja, dari Soromban ke KL laju je kan kaki tekan minyak enjin, brek, gear, lampu signal kiri kanan,lalalalalala. OK.

Esoknya keluar lagi, bawak diorang semua jenjalan bandar Seremban. Esok tu pulak pergi KL lagi jenjalan rumah sedara, sepupu, sepapat abis. Esok tu pulak keluar lagi pergi karoke, selebret besday adik lelaki saya yg ke 21. Tempat karoke dia memang best, sesuai untuk yang berkeluarga datang nak berangan2 jadi penyanyi glamor abis. Tapi 'slek' siket lah, tempat tu agak keras sebab dekat dengan tanah perkuburan cina. Alah.... dekat Mydin Seremban Terminal 2. Baru sesangat tempat ni bukak. Tapi semua itu tidak penting, janji enjoy abis malam tu. Tempat dia yang selesa, nak-nak pulak yang ado anak2 ni. Murah pon murah. Terbayek lah. Tapi orang situ cakap start pukol 10 mlm takde sorang nak karoke dekat situ. Hahah... Kitorang pun bernasib baik lah jugak takde terserempak hantu2 kat situ sebab kitaorang datang pukol 4ptg habis pukol 7ptg. Dan esok tu pon keluar lagi sampai lah mama saya balek ke Kedah. !7hb ni InsyaAllah mama saya datang balek ke sini untuk hantar saya ke KLIA 21hb ni. Emmmm..... mestilah sedih. Nak kena tinggal mama saya. Huhuhu. Dah lah jauhhhhhhhhhhhhhhh.

Minggu ini pulak sibuk setel hal2 dokumen lah, cari barang keperluanlah untuk dibawak kesana. Tambah pulak sana dah start winter, snow. Risau jugak ni, takut anak2 tak sesuai dengan cuaca sejuk. Takut diorang jatuh sakit je. Satu hal yang berat lagi tu. HUHU.Berdoa sangat2 supaya semuanya OK.

Sebenarnya satu barang pon tak packing lagi. Adakala hati ni berkata tak bersedia lah nak pergi. Entah lah...tak tahu kenapa. Seronok macam mana pun merantau di negara orang , seronok lagi di negara sendiri. Pepatah pon ada menyebut ' hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Hmmmh..... Firstly mesti rindu laksa dengan nasi lemak royale Aloq Setaqqqqq! Mana nak cari oi kat sana. Takkan jumpa lah sesedap, sesebijik mcm tu. :(

Huuuuuuuu...... nak nangis. Beratnya hati nak pergi :( Esok pepagi nak bangun awal2 subuh sebab ada lagi urusan nak kene setel dekat KL. OK, till then gais. Ba-bai.