About Me

" dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.... "

Monday 27 February 2012

London here we come!!!

Bismillahirahminnirohim......

First of all saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memakbulkan impian saya untuk membawak anak2 (jerrr) ke tempat dimana tumpahnya darah ku, walaupon suami saya tak dapat ikut serta bersama2 kami atas sebab2 tertentu. InsyaAllah, jika tiada apa2 halangan suami saya akan ke sini bulan May atau June.

Hari sebelom nak bertolak ke sini adalah hari yang paaaaaaaling sibuk. Bayangkan saya sorang2 jer yang packing barang2 anak2 termasuklah barang saya. Huh! Sampai tak tidor. Dah lah pagi tu nak ke airport pukol 5:30 pagi2 subuh. Memang satu malam tu tak tidor sebab takut terlepas kapal terbang. Sebenarnya naik flight pukol 10 pagi. Tapi nak check in tu la yang kena awal 3 jam. Adoi!

Sampai airport sempat breakfast bersama mama saya yang tercinta dan jugak adik2 saya. Turut berada di situ suami, bapa dan ibu sedara saya. Habis breakfast McD kami terpaksa bergegas ke departure gate sebab dah sampai masa untuk fly. Memang rushing gila time tu. Sedih sebab rasa macam tak sempat nak peluk puas2 dengan mama, adik2 dan suami yang disayangi. Saya dengan Alya menangis masa tu tapi paling kesian Alya lah. Satu airport boleh dengar suara dia punya lah kuat dia menangis. Alya tak boleh berpisah dengan abah dia. Biasanya kalau dekat rumah tiap2 pagi dia mesti bangun awal tengok abah dia pergi kerja. Memang sedih laaaa :(((

Masuk jer flight pramugari bagi Alya 1 set permainan sponge bob,  terus diam. Haha. Alhamdulillah, sepanjang berada di atas flight Alya tak buat perangai cuma Alyssa jer yang kadang2 ada merengek2 siket maybe sebab tak selesa kot. Pramugari ada bagi satu bassinet untuk bayi tidor, lebih kurang macam baby carrier la. Nanti saya letak gambar dia. Alyssa tidor sekejap je dalam tu. Selebihnya mama dia yang kena jadi baby carrier. Huhu... lengohhhh!

Alhamdulillah, 6 jam kemudian kita orang selamat mendarat ke Doha airport sebab transit, dalam 4 jam. Tapi seriously tak rasa macam 4 jam pon, rasa macam sejam 2jam macam tu sebab sibuk melayan kerenah Alya ligan dia sana sini, pas tu makan kejap,  salin pakaian diorang dan saya, window shopping kat duty free kejap pas tu naik kapal terbang.  Then fly away to Heathrow, lebih kurang 7 jam.

Second flight yang kitaorang naik tu cabin dia tak besar sangat macam yang sebelomnya tapi nasib baik dapat extra sit untuk alyssa tidor. Kalau tak, lengoh! Silap2 kejang terus tangan. Dapat la nap kejap walaupon tak lama. Makanan Qatar Airways ni not that bad lah, semua sedap2. Dessert2 dia tu yang mewah. Kejap2 pramugari akan tanya untuk minum tea, coffee or juice lepas makan. But yang special kids meal dia, comel sangat. I promise to you, nanti saya letak gambar dia. Hehe...

Sampai jer Heathrow airport adik saya yang bertahun2 tinggal dekat London ni dah terpacak dekat Arrival Gate dengan cousin abah saya,Uncle Det. Mujurlah diorang sediakan MPV kalau tak naik Tube jer, adoi,penat kotttt. Dengan sejuk lagi,dengan anak2 lagi, dengan bag2 lagi, memang TAK ARRR. Hewhew .... Dalam perjalanan nak ke car park kepala jadi pening macam nak pitam, mabuk2. Entah lah, maybe tak cukup rehat kot dengan terapung2 kat atas awan tu, tu yang mabuk kot. Janji selamat sampai sudeyhhhh.

Sebelom sampai rumah abah sempat singgah kejap dekat Fish n Chips cafe utk beli dinner kitaorang. Fish n Chips ni kira macam signature dish orang London laaaa. Macam Melaka dengan asam pedas, N. Sembilan dengan masak lomak cili padi. Heheh. Alamak, ter rindu asam pedas claypot kat jonker walk. Huaaaarrr! Tu la, sape suruh cerita pasal makan?? Kan dah tak pasal2 meleleh dah air liur ni. Huhu.

Sampai jer rumah kitaorang, cehhhh, kat Hartington Road, Ealing Broadway, Zone 3,........ haha..... full address gua kasi.... hehehehhh...... letak bag2, salin pakaian n pampers, makan fish n chips and then... BOM! atas katil ..... zzzzzzzzzzzzzzzzzz! Seminggu jugak jet lag. Phewww!

Alhamdulillah, kitaorang sampai sini dengan cuaca sejuk yang tak lah seterok yang saya sangka sebelom ni sebab sekarang ni dah masuk musim Spring, tak sejuk sangat lah, like 10 degree celcius.














So, just nice. Cuma Alya lah demam pulokkk. Walaupon cuaca just nice bagi yang tak biasa sejuk di London ni akan rasa jugak sejuk yang melampau sebab ya lah, kita biasa dari negara cuaca yang panas melampau so akan jatuh sakit jugak lah kalau tak berpakaian sejuk yang lengkap. Alya yang boleh demam ni sebab dia kat luar tak nak pakai baju sejuk, even kat dalam rumah pon saya kena pakai stokin walaupon ada heater tapi Alya mat saleh abis, tak nak pakai baju, siap bogel terus pakai pampers je! Dia ingat dia masih kat M'sia lagi kot. Ha, sekarang memang dapat penyakit lah. Degil.

Alya kadang2 termenung sorang2. Adik saya cakap maybe dia rindu kat abah dia. Anak abahhh. 1st day dah call abah dia dah. Kesian dekat abah dia jugak, rindukan kitaorang sampai demam. Suami saya cakap dia tengok baby chair yg kat rumah sana dia macam nak menangis sebab rindu. Memang pilu lah kalau hati wanita yang rapuh ini mendengar luahan seperti itu. Turut sama menangis, tapi apakan daya. :(

Hampir seminggu dah kami berada di negara yang penuh misteri ni. Hari demi hari saya menanti dan menunggu dengan tidak sabar rasanya untuk menyambut suami saya datang ke sini menikmati dan memburu kejayaan di sini. Hmmmm.... Sabarlah wahai sang isteri. Harinya akan tiba jua.

Ok lah. Next episod akan saya ceritakan di lain entri sebab ni baru intro jer. Hehe. Till' then. Babai.


















No comments: