About Me

" dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.... "

Wednesday 23 May 2012

First time berpuasa di London



Assalammualaikum....
                                   
Alhamdulillah, sedar tak sedar dah masuk bulan Rejab. Menghitung hari saja untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan. MasyaAllah, masa berlalu begitu pantas. Tak sabar rasanya untuk merasakan pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan dekat sini. Semalam Alhamdulillah dapat jugak aku menunaikan puasa sunat Rejab dan itulah kali pertama aku berpuasa di London ni. Subhanallah, panjang betol masa berpuasa. Pukol 2 pagi aku bersahur dan berbuka puasa pada pukol 9 malam. Bangun pagi2  tu aku masih rasa seperti biasa, rasa seronok, semangat then masuk pukol 3 tengah hari dah mula rasa lemau sikit. Lepas Asar terus krohhhhh dengan anak2 aku. Anak2 dah biasa dah tidor waktu siang. Pukol 6 petang bangun keluarkan lauk untuk disiang sebelom masak. Pukol 7:30 petang baru masak. Lauk yang aku masak ala kadar je. Bila berpuasa biasa lah, mengidam macam2. Hehe. Semalam tekak teringin sangat nak makan asam pedas, kebetulan pulak ada ikan makerel (spiesis ikan kembung), ahah apa lagi, cedok resepi dekat google la. Alhamdulillah jadi walaupon tanpa bunga kantan dan daum kesom, cuma kalau ada dua beradik ni bertambah2 lazat lerr dengan aroma bunga kantan yang mewangi tu. Nak buat macam mana, tekak dah teringin sangat nak makan. Bukannya tak ada dijual kat sini, cuma hanya dijual dekat Oriental Shop. Dekat Oriental Shop lah tempat kalau nak cari produk2 makanan Malaysia. Cuma mahal sikit lah, almaklumlah, import la katakan. Jarak Oriental shop pulak agak jauh jugak dari rumah, so nak kena naik kereta jugak kalau nk pergi. Tak berbaloi kot sebab nak makan untuk aku dengan anak beranak je. Tak apa lah, lain kali aku buat asam pedas betol2 kaw punya. Hurmmm, rindunya asam pedas jonker walk dekat Melaka tu. Asam pedas ikan pari datang satu set dengan nasi putih, sayur kobis goreng, telur masin separuh dan sedikit sambal belacan yang kebabom tu, pergh, terbayekkk! Eh, semalam aku ada jugak buat sambal belacan. Tapi belacan dia tak ada lah kebabom macam belacan utara. Pasal mengidam sangat sambal belacan dekat tengah2 kota London ni, buat bagi menjadik jugak. Adik aku makan sampai tak terlangut2 dah. Adik aku memang gila makan sambal belacan. Huishhh.... amboi, kalau tulis pasal makan kalau boleh sampai panjang berjela buat entri. Ok, sudah2.

Ok sekarang nak cerita pasal fadhilat berpuasa pada bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kiraan taqwim Hijriyyah. Bulan ini termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:"Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku."

Bulan Rejab juga dianggap bulan istimewa kerana pada bulan ini berlaku peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi Muhammad Sallallahu `alaihi wasallam.

Di antara amalan yang baik diamalkan di bulan Rejab ialah puasa dan bersedekah. Banyak hadis-hadis Nabi Sallallahu `alaihi wasallam menyebutkan tentang kelebihan puasa di bulan Rejab. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabarani daripada Sa`id bin Abu Rashid bermaksud : ("Barangsiapa berpuasa sehari daripada bulan Rejab maka ia seperti berpuasa setahun, dan barangsiapa berpuasa daripadanya (bulan Rejab) tujuh hari, ditutup daripadanya pintu-pintu Jahannam (neraka), dan barangsiapa berpuasa daripadanya lapan hari, dibukakan baginya lapan pintu syurga, dan barangsiapa berpuasa daripadanya sepuluh hari, tidak meminta dia kepada Allah melainkan diberikannya, dan barangsiapa berpuasa daripadanya lima belas hari, menyeru orang yang menyeru dari langit : " Sesungguhnya diampunkan bagimu dosa-dosa yang lalu maka mulakanlah amal", dan barangsiapa menambah (hari puasa), Allah menambahnya (kelebihan).")

Dalam hadis yang lain telah dikeluarkan oleh al-Khallal, daripada Abu Sa`id (secara marfu') bermaksud: ("Bulan Rejab adalah di antara bulan-bulan haram, hari-hari di dalamnya ada tertulis di pintu-pintu langit yang keenam, maka apabila seseorang berpuasa sehari daripadanya (bulan Rejab) dan menyempurnakan puasanya dengan penuh ketaqwaan kepada Allah, bercakaplah pintu dan hari tersebut seraya berkata:      "Tuhan ampunkan baginya (dosanya)" dan jika dia tidak menyempurnakan puasanya dengan ketaqwaan kepada Allah, maka pintu dan hari itu tidak akan memohonkan ampun baginya, dan dikatakan padanya: "Kau telah ditipu oleh dirimu.")


Antara kelebihan berpuasa pada bulan Rejab:


  1. Puasa 1 hari - seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredaan Allah serta syurga tertinggi

  2. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipat gandakan pahalanya

  3. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah swt, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka

  4. Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah dajal

  5. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur

  6. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya

  7. Puasa 7 hari - Allah mengunci tujuh pintu neraka jahanam baginya

  8. Puasa 8 hari - Allah membuka lapan pintu syurga baginya

  9. Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru Laailahaillallah dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga

  10. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan dua sayap untuk terbang di Titian Siratul Mustaqim

  11. Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 3000 tahun


  12. Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun


  13. Puasa 15 hari - Allah mengampunkan dosanya yang lalu dan menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun

  14. Puasa 16 hari- dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah dalam syurga

  15. Puasa 19 hari - dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai nabi Ibrahim dan nabi Adam

  16. Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu dan melakukan amalan yang baik dengan baki umurnya

  17. Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan ini dan beribadat di malamnya seperti berpuasa 3000 tahun, diampunkan baginya dosa 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasad, 70 hajat ketika dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika amalannya ditimbang di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.                                                                                                                                                                                                                                                                           Alhamdulillah, tercapai jugak untuk aku berpuasa sunat Rejab, dan ini jugak pertama kali aku menunaikannya. Ini sebab terpengaruh dari kawan2 di Facebook. Terpengaruh untuk benda yang dapat pahala tak apa. Kalau tak, sampai ke hari ini aku tak tahu lansung. Astaghfirullahalazim, betapa jahilnya aku kan! Semoga Allah s.w.t terima amalan ku ini, InsyaAllah...................................................................                                                                                                                                                

No comments: