About Me

" dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.... "

Saturday 26 May 2012

Aku benci jerawat!!

Assalammualaikum manusia...

Hari ni weather kat luar ni best sesangat. Panas macam kat Malaysia, dengan angin sepoi2 bahasa serupa lepak kat tepi pantai. Dapat bayang tak? Best kan. Jangan jeles tau. Hehehe. Okay lah, berdasarkan tajuk di atas ni memang obvious sangat kan. Sebenarnya masalah jerawat ni daripada zaman remaja lagi dah, cuma tak besar macam sekarang ni. Kecik2 je, orang panggil jerawat nasi. Tapi sejak beranak dua ni lagi bertambah2 teruk. Kalau nak tahu masa mengandung tak pulak muka ni nak keluar jerawat, halussss jer. Habis pantang dalam 3-4 bulan macam tu mulalah tumbuh. Mula2 kecik je. Semenjak berpindah ke London ni, makin menjadi2. Ishk tak tahu lah apa masalah sebenarnya kulit muka aku ni. Mungkin tak sesuai dengan cuaca ke, air ke, aku sendiri pon masih bingung. Masalahnya, kawasan pipi bawah dan dagu yang rajin tumbuh. Puas dah cari petua dekat internet ni, lumur muka dengan zaitun campur garam, aspirin campur madu, tomato campur gula pon tak berhasil2 jugak, malah lagi teruk ada lah. Jenuh!




kawasan ini lah yang paling maju sekali.



banyak kan parut jerawat :(


Mengikut kajian jika jerawat tumbuh dibawah dagu, bermakna fungsi buah pinggang telah terjejas atau rembesan dalaman lemah. Juga kemungkinan haid yang tidak teratur atau sistem peranakan yang bermasalah. Bagi aku semenjak duduk sini kitaran haid memang kurang memuaskan, kejap datang kejap tak datang, kadang lambat kadang cepat. Aku pon selalu tidur tak cukup, kurang minum air dan makan makanan berminyak. Ok, kalau nak tahu aku ni gila minum minuman yang berkafein. Especially, kopi & coke. Minuman2 ni lah tak boleh nak dielak, hampir setiap hari aku minum. Coke je kadang2.  Tapi sekali dapat satu botol yang besar boleh aku habiskan. Hehehe..................


Hari ni tergerak hati nak ke Holland & Barret, lebih kurang macam kedai jamu la kat sini. Macam2 ubat ada jual disini. Dekat sangat kedai ni dengan rumah aku, lebih kurang 20 minit je jalan kaki.


friendly paper bag...



Yang aku boleh nak pergi beli vitamin2 ni sebab aku ada terbaca dekat satu blog ni, pasal jerawat2 la jugak. So aku pon terpengaruh daripada beliau untuk buang duit beli vitamin. Memula nak pergi beli vitamin E dan Evening Primrose Oil. Sekali promoter dekat situ bagi aku satu set yang seperti di atas ni. Except Lotion Rescue Oil tu, aku beli kat kedai lain, kedai 1£ ( RM 5). Nah, ambik hang, memang buang duit. Ingat nak save sikit buat beli perfume kat Mark & Spencer £3.50. Tak mengapalah, buang duit untuk kebaikan kulit :P Kata promoter tu 3 minggu dah boleh nampak dah kesan dia. Kalau tak berkesan jugak, memang aku cari balik promoter ni suruh jual ubat free kat aku. Hehehe.....

Evening Primrose Oil ni khasiat dia seperti :
  • Melegakan sklerosis.
  • Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
  • Mengurangkan radang sendi otot.
  • menguatkan sistem imun .
  • Mengelak kulit daripada kering semasa proses Monopous .
  • Membantu mengawal atur kitaran haid.
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  • Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
 Zinc pulak aku beli yang maximum strenght punya. Khasiatnya adalah seperti baik untuk kulit yang berjerawat, mengelakkan kulit dari kendur, kuatkan akar rambut, dan kuat kan kuku.

Then yang kotak ada gambar ada daun tu ialah teh yang sangat tak sedap, bubuh lemon atau madu pon still payau2. Memang tak boleh belah la rasanya. Baru sekali je minum, tak tahu lah esok tekak aku ni boleh terima lagi ke tak. Khasiatnya bagus untuk buang toksin dalam badan. Almaklumlah, tubuh badan aku ni macam2 belasah, i mean makan dan minum macam2. Kesian perut ku.

Last but not least Lotion Rescue Oil, fungsi lebih kurang macam minyak Bio-Oil la, tahu tak minyak tu?? Boleh rujuk dekat Mr. Google. Ehek. Bagus untuk memudarkan parut atau stretch marks (bagi ibu2 yang mengandung atau selepas). Bertindak sebagai pelembab pon boleh jugak. Tapi tak tahan sebab bau dia, Masya Allah..... hanyir! Apa2 pon rata2 orang kata minyak ni berkesan. Tapi apa yang perlu ke'konsisten'an diri itu sendiri. Nasihat untuk diri sendiri. ;P

Inilah rupa uncang tehnya. Nampak macam sedap, like Teh Boh. Teh Boh lagi triple sedap, yaw!



Yang ni dah berkurun dah beli, pon beli dekat Holland & Barret. Fenugreek atau dalam bahasa Malaysia biji halba. Ini khasiat untuk menambahkan susu badan. Almaklumlah, anak masih kecik, nak bancuh susu botol malas, pakai susu segera je lah. Hehehe. Terbaekkk yang ni, berkesan sangat2.


Ok lah, lagi 3 minggu kita tengok ye result dia. Nanti aku post gambar muka aku yang terbaru. Berdoa sangat kulit muka ku licin mulus seperti Lisa Surihani. Babai....................................................

2 comments:

Sakinah said...

sis air kosong jangan lupa utk proses detoks ya.. anyway please have a visit to my page http://inavitamin.blogspot.com/

Diet Diet Sihat said...

hooo zinc tu memang bagus untuk sembuh luka

Jom kita baca TIPS KULIT CANTIK