About Me

" dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.... "

Monday 23 January 2012

Abahku kahwin lagi.


 AMBOI.... tajuk. Panas! Tapi jangan lah salah faham pulak yer adik2. Bukan abah saya pasang lagi sorang ke ape. Hehe. Abah saya memang dah membujang lama dah. Dari saya sekolah lagi. Baru sekarang dapat pengganti baru. Baru2 ni majlis pernikahan abah saya selamat berlansung di Bandar Laguna Sungai Petani, Kedah pada 21 Januari 2012. Kebetulan pulak adik saya yang no. 2 baru pulang ke tanah air dari London sehari sebelum majlis berlangsung. Elok sangat lah tu. Semua anak2 abah ada di majlis gilang gemilang tu. (tak ada la gemilang sangat. orang tua2 kawen) Hehe....


Jom tengok gambar!



 bila kesengalan masing2 dah berjangkit. aksi "tangan di bahu bebola mata pusing ke atas"...
Selamat pengantin lama.... hehehe

macam tak puas hati jer mamat tu dengan hubby i. hehe. takde lahhh....

tiga beradik yang cun tapi kadang2 sengal...

anak abah...
mak sedara(s)....













Tak banyak pulak ambik gambar pengantin. heheh. Mesti ada yang tertanya2 saya macam tak berapa 'eksaited' sangat kan dengan abah saya punya wedding. Anak mana lah yang suka tengok parents kawen dengan orang lain. Kalau boleh hari2 berdoa mintak Allah satukan balik ibubapa kami. Tapi saya sebagai hamba Allah memang tak boleh nak elak daripada takdir Ilahi kerana Dia lah yang Maha Menetu segala2nya, jodoh pertemuan dan maut semua ditanganNya. Jadi mahu atau tak mahu terpaksalah kita terima dengan ketentuanNya. Ok lah, sebenarnya ada lagi gambar yang best2 and cun2. Tapi nak buat dalam entri yang lain lah pulak. Sekian saja berita hari ini.


Wassalam.

2 comments:

NanieZara said...

Wah...selamat pengantin lama pak khir.....muda nampak pak khir skrg.seri pengantin yer dak....heehheh

Aisya Ibrahim said...

wakakakaka!! seri-lah-sangat... tq for wishes yani.