About Me

" dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.... "

Thursday, 9 February 2012

Dugaan.... dugaan......





Saya yang pegang baby sambil jelir lidah itu. sorrylah gambar blur. henpon murah. peace!








Terasa agak lama jugak tak menulis blog ni. Ermmm.... Lately ni terasa sesangat2 hari demi hari makin sibuk. Almaklumlah kan, nak berpindah bukan lah satu perkara yang mudah. Nak-nak pulak last2 minute macam ni. Ini nak urus, itu nak kena siap.... ahhhh.... macam2 lah. Bencinya! Tapi tetap jugak laluinya dengan tenang walaupon hati kurang senang. Pheww!

Minggu lepas seminggu mama saya dan adik beradik berkampung dekat rumah saya. Boleh dikatakan sepanjang minggu tu asyik keluar, tak melekat lansung bunt*t ni kat kusyen :P .  Sampai2 jer diorang dekat rumah saya, esok terus pecut kereta Viva comel saya tu ke Damansara bawak diorang mentekedarah IKEA bebola daging. Dah lama mengidam akhirnya berjaya menjadi penghuni isi perut saya. Tenkiu adek, lebiu sebab belanja. Kalau orang belanja, dari Soromban ke KL laju je kan kaki tekan minyak enjin, brek, gear, lampu signal kiri kanan,lalalalalala. OK.

Esoknya keluar lagi, bawak diorang semua jenjalan bandar Seremban. Esok tu pulak pergi KL lagi jenjalan rumah sedara, sepupu, sepapat abis. Esok tu pulak keluar lagi pergi karoke, selebret besday adik lelaki saya yg ke 21. Tempat karoke dia memang best, sesuai untuk yang berkeluarga datang nak berangan2 jadi penyanyi glamor abis. Tapi 'slek' siket lah, tempat tu agak keras sebab dekat dengan tanah perkuburan cina. Alah.... dekat Mydin Seremban Terminal 2. Baru sesangat tempat ni bukak. Tapi semua itu tidak penting, janji enjoy abis malam tu. Tempat dia yang selesa, nak-nak pulak yang ado anak2 ni. Murah pon murah. Terbayek lah. Tapi orang situ cakap start pukol 10 mlm takde sorang nak karoke dekat situ. Hahah... Kitorang pun bernasib baik lah jugak takde terserempak hantu2 kat situ sebab kitaorang datang pukol 4ptg habis pukol 7ptg. Dan esok tu pon keluar lagi sampai lah mama saya balek ke Kedah. !7hb ni InsyaAllah mama saya datang balek ke sini untuk hantar saya ke KLIA 21hb ni. Emmmm..... mestilah sedih. Nak kena tinggal mama saya. Huhuhu. Dah lah jauhhhhhhhhhhhhhhh.

Minggu ini pulak sibuk setel hal2 dokumen lah, cari barang keperluanlah untuk dibawak kesana. Tambah pulak sana dah start winter, snow. Risau jugak ni, takut anak2 tak sesuai dengan cuaca sejuk. Takut diorang jatuh sakit je. Satu hal yang berat lagi tu. HUHU.Berdoa sangat2 supaya semuanya OK.

Sebenarnya satu barang pon tak packing lagi. Adakala hati ni berkata tak bersedia lah nak pergi. Entah lah...tak tahu kenapa. Seronok macam mana pun merantau di negara orang , seronok lagi di negara sendiri. Pepatah pon ada menyebut ' hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri'. Hmmmh..... Firstly mesti rindu laksa dengan nasi lemak royale Aloq Setaqqqqq! Mana nak cari oi kat sana. Takkan jumpa lah sesedap, sesebijik mcm tu. :(

Huuuuuuuu...... nak nangis. Beratnya hati nak pergi :( Esok pepagi nak bangun awal2 subuh sebab ada lagi urusan nak kene setel dekat KL. OK, till then gais. Ba-bai.



Friday, 27 January 2012

Bermalas-malas di hari Sabtu.

Agaknya saya ini memang pemalas kot. Nasib saya memang baik dapat suami yang jenis memahami sikap pemalas saya ini. Huhu. Entah kenapa berat sangat punggung saya untuk lekang dari kusyen. Satu kerja saya tak buat2 lagi cuma tadi bangun2 terus mandi, pas tu mandikan anak2, bancuh nestum dan kopi, pas tu bersarapan. Lepas kenyang perut senangnya hati, lekat punggung dekat kusyen yang empuk lagi tenggelam dek selalu sangat kena hempas punggung si pemalas ini.

Berjanji pada hati, lepas habis update blog ni memula nak basuh baju, lepas tu biarkan mesin baju itu lakukan khidmatnya, manakala saya pulak p basuh pinggan mangkuk, buang sampah, sapu dan mop lantai. Lepas tu nak basuh bilek mandi. Lepas tu.....emmmmmmmm....... tataw!
















Ba-bai!

Thursday, 26 January 2012

Kategori jenis-jenis kentut.

Kentut pon ada kategori ker?? Haiyohh. Genius betul 'penganalisis' jenis kentut tu bukan? Kebetulan pulak malam ni tataw lah pesepa perot chek ni dok meragam, ter-kentut-kentut. Salah makan lah kot... ataupon keracunan makanan dan bakal menghidapi cherry-berry (cirit birit)..... Pas tu bukak pesbuk tetiba ternampak kawan saya ada komen dekat gambar (bawah ni) kat kawan dia punya pesbuk. Hahaha.... memang tergelak-gelak jugak lah baca. U know y i gelak2....?





Sebab rasanya semua jenis2 kentut ni saya dah pernah pon melaluinya. PEACE!! Yang kategori TAK JUJUR memang selalu saya buat dengan suami saya ataupon adik2 saya tiap kali terkentut dalam kereta. Sifat macam ni memang boleh dikategorikan sebagai EGO sebab dah kentut tapi still tak nak ngaku mati-matian. Ya, saya memang EGO dalam kategori ini.  Kategori BENGONG, kadang2 terjadi jugak kalau ada orang berdiri di belakang saya ataupon dalam lift. YAKIN DENGAN DIRI... itu kalau saya sorang2 kat rumah atau dalam bilik air, yang penting tak dak orang lah kat situ. SADIS - memang seringkali terjadi kalau time nak tidor, sebab kesian kat anak2 yang tidor disebelah saya, memang kena kibaslah selimut biar bau tu keluar, takkan nak simpan pulak. Kang ada pulak yang pengsan. Teheheee. STRATEGIK, MISTERIUS & GUGUP alhamdulillah, so far tak pernah terjadi lagi. Tapi yang kategori MISTERIUS tu memang tabek spring la kalau yang pernah ada buat, bukan senang tu, keje susah. Manakala kategori PERIANG & PEMALU TU memang ada jugak terjadi, kadang-kadang lah. Hehehe.................................. Jadi apa jenis kentut anda pulak? Cer citer!

Wednesday, 25 January 2012

Malas nak lipat baju!!

Malas! Malas! Malaaaaaaasssss! Tengok lah, berlonggok2 punya baju dahhh.





 ini ni bukan ape, ambik angel serong2 mcm ni kasi nampak cantik siket. :P


 tak cukup lagi?? yang kat sini pon aderrr....


yang kat luar lagi pon apa kurangnya, lagi berlambak2. hamek kau!



Ini semua gara2 balek Kedah beberapa hari yang lalu. Balik sebab ada wedding abah saya. Bertimbun2 baju nak basuh pas tu melipat. Tambah2 pulak saya ni jenis pemalas nak lipat baju, lagilaaaa. Maw tak maw paksakan diri jugak lipat semua baju2 ni sampai habis, kalau tak memang menyemak pemandangan ruang tamu rumah saya yang dah memang2 semak gara2 budak dua orang tu punya keje. Itu dua budak pun satu hal, asal pagi je celik2 mesti punggah habis segala 'lego', 'puzzles', tak cukup lagi ditambah pulak dengan colouring book yang makngah dia bagi dari london, taw2 je lah klu dah dapat colour2 yang jenis ber'ink' magic tu, habis meja kopi saya dah banyak peta dunia sekarang. 

Tapi memang tak sia2 lah dapat balik Kedah baru2 ni. Dapat bawak balik buah tangan dari London. Heheheh! (Gelak sambil renyeh panjang).


 Shop bag -Harrods and minyak wangi ZARA. yahhh... i know..i knowwww... sini pon ade Harrods. Tak yah nak kecoh2 sangat. Tapi bag ni memang original dari lundunnn tu! Jangan jeles hokeyhh! Ok, yang minyak wangi tu bau dia...em-emhhhh harum sesangat taw! bau dia nak macam...seakan-akan J'adore Dior. Fuh, so-my-taste habizzz!


 Bukan shop bag sahaja taw, dapat Harrods handbag lagi. Terharu sesangat (sambil renyeh lagi panjang). Thank u dek kesayangan ku. Next time beli la lagi, dapat Prada pon jadi lah. Eceeewahhhh, MELAMPAU!!! hewhewhew....


OK..OK..OK... (sambil buat aksi gedik-kepochi).... Ada one friend of mine yang gila baik hati, pemurah tak kedekut kasi saya satu tudung Fareeda. Aduhai... lagi lah terharu, sebabnya memula dia nak bagi hadiah untuk Alya n Alyssa je untuk Alya punya belated besday yang dah lepas sebulan. Ada jugaaaakkk untuk mama Alya. (kejap... kesat ayaq mata sat) terharu sebab tudung fareeda ni kalau dah ada yang tahu harga nya kat pasaran memang eden tak mampu lah nak beli, lebih bek beli yang 'replica' jer. heheh... rasa tak berbaloi. Tapi Alhamdulillah, rejeki golek ni. Semoga Allah merahmati kawan aku yang berhati pemurah itu, amin.




Till' next then. Jom susun baju ;)

Monday, 23 January 2012

Abahku kahwin lagi.


 AMBOI.... tajuk. Panas! Tapi jangan lah salah faham pulak yer adik2. Bukan abah saya pasang lagi sorang ke ape. Hehe. Abah saya memang dah membujang lama dah. Dari saya sekolah lagi. Baru sekarang dapat pengganti baru. Baru2 ni majlis pernikahan abah saya selamat berlansung di Bandar Laguna Sungai Petani, Kedah pada 21 Januari 2012. Kebetulan pulak adik saya yang no. 2 baru pulang ke tanah air dari London sehari sebelum majlis berlangsung. Elok sangat lah tu. Semua anak2 abah ada di majlis gilang gemilang tu. (tak ada la gemilang sangat. orang tua2 kawen) Hehe....


Jom tengok gambar!



 bila kesengalan masing2 dah berjangkit. aksi "tangan di bahu bebola mata pusing ke atas"...
Selamat pengantin lama.... hehehe

macam tak puas hati jer mamat tu dengan hubby i. hehe. takde lahhh....

tiga beradik yang cun tapi kadang2 sengal...

anak abah...
mak sedara(s)....













Tak banyak pulak ambik gambar pengantin. heheh. Mesti ada yang tertanya2 saya macam tak berapa 'eksaited' sangat kan dengan abah saya punya wedding. Anak mana lah yang suka tengok parents kawen dengan orang lain. Kalau boleh hari2 berdoa mintak Allah satukan balik ibubapa kami. Tapi saya sebagai hamba Allah memang tak boleh nak elak daripada takdir Ilahi kerana Dia lah yang Maha Menetu segala2nya, jodoh pertemuan dan maut semua ditanganNya. Jadi mahu atau tak mahu terpaksalah kita terima dengan ketentuanNya. Ok lah, sebenarnya ada lagi gambar yang best2 and cun2. Tapi nak buat dalam entri yang lain lah pulak. Sekian saja berita hari ini.


Wassalam.

Wednesday, 18 January 2012

Passport familiku.....

Siap sudeyhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh................

Saya paling menyampah kalau nak kena pergi Jabatan Imigresen buat passport. (sorry, ter-emo siket) Tahu2 je lah kalau pergi tempat2 'kerajaan' macam ni sudah tentu lah tempat nya yang agak sesak (sambil tangan dibahu, bebola mata berpusing ke atas). Kalau pergi sorang2 memang senang siketlah keje, tunggu lama pun tak aper. Ini dengan anak beranak sekali hangkut. Memang kelam kabut. Tapi dalam kelam2 kabut pun Alhamdulillah, selesai jugak satu bab. Phewwwww.........

Kalau nak kena travel jauh2 memang banyak kerja nak kena buat. Tambah pulak bukan pergi vacation ke aper, tapi nak berpindah, sekali lagi BERPINDAH, penat. Dengar saja pun dah penat. huhu.


Ok lah, nak gedik jugak la post gambar. hehe......










Anak beranak punya passport.















Ba-bai.


Monday, 16 January 2012

Buang Braces dengan kadar yang pantas...



Saya ditakdirkan untuk membukak braces dengan kadar yang pantas @ segera sebab saya bakal berhijrah ke London dalam masa 2 minggu je lagi. Homaigod. Bagaimanakah??? Bolehkah??? Mustahilkah pekara itu dapat dilaksanakan dalam masa 2 minggu ini? Sebab kalau ada yang mem/terbaca entri terdahulu jika mengikut perancangan lagi 3 bulan baru boleh bukak. Adoi... Ini lah yang dok putar2 dalam fikiran saya dari semalam. Dah buat panggilan dah tempat dentist tu tadi tapi Doc Kathe tu pulak off duty ari ni. Semuanya nak cepat. Masa yang diberi pulak terlalu singkat. Kenapalah nak kena terbang waktu2 ni? emmmm.... :s
Itu je la bebelan saya yang cuba nak disampaikan setakat ni. Ba-bai.






:(




o yah! sementara itu, jom geletek hati ini dengan keletah bayi ini.......



 ini sumer keja abah dia. kesian kena buli.... hahaha!



ini pulak saya yang buli dia......


hahahahahaha!! kelakar x? kelakar x???